June 12, 2009

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK


LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam
undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan
kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang
stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi
arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu,
Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada

kadar yang rendah.


Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman
ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat
sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan
kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade
adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa
mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak
meskipun pada paras yang teramat rendah.


Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya
kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak
dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam
menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata
penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau
memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.


Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat
dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan.

'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan
keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.


P/S: sahih ataupun tidak berita ni wallahualam..tepuk dada tanya slera...:)

No comments: